Monday 6 April 2015

GASING TRADISIONAL





Mase kecil-kecil mesti setiap orang mempunyai pengalaman bermain gasing kan?? Gasing mempunyai pelbagai bentuk. Tapi ape yang saya ingin berkongsi dengan anda semua adalah gasing tradisional. Jarang kita dapat lihat sekarang orang bermaen gasing tradisional. Selalunya golongan yang bermain gasing tradisional ini adalah golongan veteran yang sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap gasing tradisional ini. Gasing tradisional ini merupakan sejenis permainan tradisional orang-orang melayu sejak dahulu lagi. Biasanya dimaenkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Gasing diperbuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing. Tali gasing juga dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon.

No comments:

Post a Comment