Friday, 17 April 2015

SONGKET

Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu. Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya. Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana seratus tahun  dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

INI ADALAH CONTOH SONGKET 

bekas pensil curve songket


Sunday, 12 April 2015

KENALI APA ITU BATIK.


Batik merujuk kepada proses menghasilkan kain dengan menggunakan teknik terapan lilin bagi menghasilkan reka corak yang kemudian dicelup dengan pelbagai warna yang menarik. Reka corak serta penggunaan bahan-bahan baru telah menyemarakkan lagi pengeluaran batik. Batik yang dihasilkan di Negara ini telah Berjaya menembusi dunia fesyen antara bangsa.
Kebiasaanya reka corak dan motif-motif batik di inspirasikan dari alam semulajadi seperti flora dan fauna yang kemudiannya digabung dengan batik menggunakan teknik canting, batik blok dan batik sutera saring. Di Malaysia kini batik telah diangkat sebagai salah satu daripada seni warisan bangsa yang menjadi kebanggaan negara.

Batik is a generic term which refers to the process of dyeing fabrics through the use of a resist technique where a piece of cloth is decorated with wax designs and dyed with vibrant colours. The design and materials used to create batik have contributed to the overwhelming demand and popularity of this textile form. The diverse application of batik fabrics has established this Malaysian art form as a fresh source for inspiration in the world of fashion.
The motifs depicted in batik designs have largely seen, inspired by nature consisting of forms derived from flora and fauna, as well as geometrical patterns. Batik defines the refinement of Malaysia’s cultural and artistic heritage, Today, the most popular batik producing techniques in the country include hand drawing designs, stamping and the use of silkscreen.

'soft toy froggy batik'

'kain batik'



Thursday, 9 April 2015

WAU

TYPES OF WAU TRADITION

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis ‘Wau’. Tiga jenis Wau dilabel sebagai Wau Tradisi Nasional iaitu, Wau Bulan, Wau Kucing dan Wau Jala Budi.


In Malaysia, there are many types of Wau tradition. But only three types of kites are lifted as National Traditional Wau, which is Wau Bulan (Moon Kite), Wau Kucing (Cat Kite) and Wau Jala Budi (Lady Kite).

WAU BULAN

WAU KUCING

WAU JALA BUDI