Songket, lambang kehalusan seni
tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang
tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi
menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi
perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula berkembang dibeberapa
negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan
Pahang. Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan
kedudukan seseorang. Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang
sutera halus dan benang emas serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan
golongan Bangsawan. Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai
oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.
Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk
mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan pada pelbagai
barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, kusyen dan
sebagainya. Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak berubah sebagaimana
seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan
atau kek, motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan
keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke
hari ini.
INI ADALAH CONTOH SONGKET
bekas pensil curve songket
No comments:
Post a Comment